Friday, August 14, 2015

#Backpacking ke Tanah Tinggi Cameron (Part 1)

Dah lama sebenarnya menyimpan hasrat nak pergi CH dengan kengkawan. Dengan budak-budak batch yang ada #graduationtrip masing-masing jadi aku pun tak lepaskan peluang nak travel macam tahun-tahun sebelum ni. 

Alkisahnya, aku dengan kawan aku, Izzati (geng program Turki) cadang nak ke Pulau Perhentian lepas final exam memandangkan ada pakej menarik dalam iiumonline. Tapi hasrat tu tak kesampaian dek kerana aku yang takde bajet. Sengkek jugak masa tu! yela student kan. 

Jadi, sebagai menebus kesalahan (kononnya) aku pun ajak la Zati backpack di CH untuk trip 2H1M. Dengan bajet yang agak murah kira ok lah kan untuk student macam kami ni.

Sebelum aku plan nak ke CH tu, aku study la sikit dari blog-blog macam mana nak pergi cameron ni. Pilihan transport yang ada cuma kereta or by bus. terpulang la nak naik apa yang korang selesa. 

So, lepas discuss dengan Zati, weols pun setuju nak drive je ke CH sbb lagi jimat and senang nak bergerak kalau dah sampai kat atas nanti (gituuu)


DAY 1

Malam sebelum nak travel tu, aku dah google siap jalan yang sesuai nk naik atas tu. And luckily, aku ada member yang memang tinggal dekat Cameron (mesti korang terkesimaa kan, kau mampu tinggal kat Cameron?) Kalau orang tanya, kampung kat mana? and kau jawab "cameron highland" pasti kau terbayang-bayang kawan aku ni hari-hari minum teh (sbb dkt dgn ladang teh) and makan strawberi hari-hari haha.

So, kawan aku ni pun bagitau route mana yang tak jam and cepat sampai. kira alternative way selain simpang pulai dengan tapah la. 

The next morning, kami bertiga (sorang lagi Afiqah) bersemangatnya bangun awal dan gerak awal untuk mengelak kesesakan lalu lintas dekat Karak Highway. 

Sebelum memulakan perjalanan, eloklah breakfast dulu sebab nak driving jauh kan. Weols breakfast dekat area Gombak tu jerr makan roti canai telur and tapau 3 roti kosong untuk bedal dalam kereta nanti (kot ler lapar, perut aku ni bukan boleh caye sangat).

Supposedly aku dengan Zati akan gilir-gilir driving tp since aku tengok dia macam ok jerr driving tak mengantuk ke apa, so aku bg can la dia drive sampai ke puncak. Journey kami untuk sampai kat Brinchang tu lebih kurang 3jam jugak la. 

Route : Gombak > Bentong > Raub > Sg. Koyan > Cameron 

Around pukul 120 ptg weols pun sampai dkt Cameron, Cuaca sejuk, mendung sikit macam nak hujan. Kami check in dekat Ria Cameron dekat area Brinchang. Ada 2 tempat yang sesuai kalau nak stay dkt CH, sama ada dekat Tanah Rata or Brinchang. 

Why we choose to stay in Brinchang instead of Tanah Rata?

Brinchang banyak main attraction. First of all, situ ada pasar malam yang super best! Situ la paling best kalau nak shopping. Cactus, Strawberry, fresh flowers semua boleh dapat kat situ dengan harga yang murah dan berpatutan. Yelah pasar malam, bargain la selagi boleh! 

Secondly, Brinchang ni terletak dekat tengah-tengah CH so segala ladang ada kat dekat kawasan Brinchang. Cuma ladang teh i.e Cameron Valley or Bharat Tea Plantation je terletak dekat Tanah Rata. 

Jadi, tourists kebanyakan suka stay dekat Brinchang sebab main attraction semuanya walking distance. 

Lepas check in dekat hotel, weols pun tak nak buang masa sangat, terus pergi lunch sebab semua kelaparan and masa tu dah start hujan. Nasib baik bawak sweater yang ada hoodie. Dapatlah cover kepala jugak. Memang sejuk gila time tuu. 

Dah kenyang makan tomyam, weols pun make a move to Big Red Strawberry Farm, about 500m from our hotel. Boleh je nak jalan kaki tapi weols drive terus dari tempat makan. 

Sampai dekat Strawberry Farm tu, excited sangat sebab tengok bunga lawa-lawa, sayur-sayuran yang fresh dekat situ. Atas tanah lagi nih. Ramai jugak orang masa tu walaupun bukan cuti sekolah. Strawberry takde sangat maybe bukan musim kot. So, kami ambik gambar je untuk kenang-kenangan (ayat tak tahan, padahal kat mana-mana pun nak selfie XD ) 


Dah puas bergambar, kami pun gerak lagi ke destinasi seterusnya iaitu Kea Farm. 

Kea Farm kalau based on study aku la, macam pasar la. Tapi dalam kepala aku imagine ada kebun sayur, ladang ros segala macam tanaman la. Bila sampai Kea Farm tu memang ternyata yang aku nampak cuma pakcik makcik yang berniaga. 

Sayur kat situ ternyata murahhh! Puas makan sayur kalau jenis vegetarian. Kami dok cari-cari gak kot la ada ladang apa apa yang boleh dilawat. Yang ada cuma ladang ros tapi takde ros haha. 

Hampa!

Drive lagi ke atas, jumpa la EQ Strawberries Farm. Dekat situ, kami dapat la petik buah strawberi yang ditanam secara organik. Puas jugak la dapat rasa macam mana petik buah fresh and makan buah yang kau petik sendiri. Bayaran yang dikenakan cuma RM30/group & boleh petik 1/2kg strawberi ikut mana kau nak lah. Nak saiz besar ke kecik ke. Terpulang. Tapi make sure 1/2kg, lebih dari tu kena bayar lain.


Macam biasa lah, snap & selfie sebelum balik hotel. 

Agak-agak dah penat rasa nak pengsan, weols pun balik lerr hotel. Hujan lebat sangat dah. 
Takut jugak driving sbb jalan licin and jalan pulak bersimpang siur. 


Sampai hotel, makan strawberi dipped dengan chocolate. Masyuk!


Lepas maghrib, weols pun keluar lagi, cuma ke pasar malam yang dekat tak sampai 2 marhalah! Redah jugak hujan sebab perut lapar. Tapi tak syok la sebab balik bilik basah kuyup. Dapat water heater ok lah jugak. Sebelum tu weols sempat la singgah ke 7E beli air panas. Hot Choc Oligo & Kopiko White Coffee.


Lepas makan jer aku terus tidur sebab kenyang plus penat plus aircond yang best!


Nanti sambung DAY 2 pulak. Tata!








No comments:

Post a Comment